Arkib untuk Mac, 2013

image

Bertempat di bilik gerakan cawangan Cherating Baru hari ini telah berlangsung majlis pembukaan rasmi bilik gerakan dan perjumpaan dengan ahli-ahli Cawangan.

image

Kehadiran yang memberangsangkan telah menunjukkan bahawa BN masih diterima disini terutama golongan muda yang rata-rata masih sayangkan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang dikasihi.

image

Taklimat yg di beri oleh Pak Wan selaku Pengerusi Jentera Cawangan disambut baik oleh ahli2. Semoga dengan sambutan ini dapat memberi satu suntikan semangat kepada jentera dlm melakukan gerak kerja secara berfokus.

image

CK dpt rasakan peti undi Cherating akan kembali dgn kemenangan pada PRU 13 ini.Hidup BN….Hidup UMNO….Gelombang….Biru…BN Pilihan Orang Muda!

image

image

Kg. Cherating diserang pengundi2 muda wanita bawah 40 tahun yg mana kita lihat pendekatan ahli2 Puteri UMNO khasnya bagi PDM Cherating.
Majlis turut dihadiri Ybhg Puan Mazlina Md.Lazim,Ketua Pergerakan Puteri IM dan YH Dato’ Suhaimi Sulong,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO IM. Ternyata touch point kedua2 pemimpin sayap ini dapat menaikkan semangat orang muda dalam menyokong kerajaan Barisan Nasional.
In Shaa Allah dengan semangat kesetiaan terhadap parti Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah akan kembali kepada BN.

image

BN Pilihan Orang Muda! Gelombang biru melanda Indera Mahkota!

7 Mac 2013…PDM Sg.Ular dibuka secara rasmi dan merupakan PDM pertama dibuka dalam DUN Beserah dalam kesiapsiagaan menghadapi PRU 13.Disebelah siang ahli2 parti bergotong royong menyiapkan bilik gerakan yang akan memantau setiap cawangan dalam peti undi sg.ular yang diketuai oleh Tn.Hj. Mat Lazim b Idris.

image

Selepas Solat Isyak diadakan majlis solat hajat dan tahlil dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan yang mana menunjukkan BN masih lagi diterima disini.

image

PDM ini juga bertuah kerana Ketua Puteri Bahagian juga berada disini di mana sedikit sebanyak membantu dari segi informasi dan data pemilih.

image

Dan PDM ini dengan rasminya dibuka oleh YH Dato’ Suhaimi Sulong,ketua pergerakan pemuda UMNO Indera Mahkota.Sekalung Tahniah CK ucapkan kepada semua jentera PDM Sg.Ular yang terus setia berjuang kepada parti walaupun menghadapi berbagai rintangan.

GELOMBANG BIRU MELANDA SG. ULAR!
BN tetap dihati rakyat!

image

6 Mac 2013 bertempat di Balairaya Kg. Sg Karang Pantai telah diadakan perjumpaan dengan orang muda oleh Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota untuk PDM Sg.Karang dan kita menjangkakan yang hadir dalam 50 orang aja melibatkan 3 cawangan.

image

Tetapi saya amat teruja dengan kehadiran pemuda disini yang memenuhi balairaya dimana semangat perjuangan UMNO dan BN masih di terima oleh orang muda dan menolak spekulasi pembangkang yang mengatakan golongan ini sudah beralih kepada mereka….kalau beralih takkan di Sg.Karang yang memasang bendera pembangkang hanyalah dikalangan ahli keluarga mereka sahaja….dimana jentera muda mereka?

image

Rally Pemuda UMNO Indera Mahkota ini dibuat bagi memastikan kesiapsiagaan kita dalam menghadapi PRU 13 yang mana persiapan kita dari setiap inci bagi memastikan BN kembali merampas DUN Beserah dan Parlimen Indera Mahkota mengikut gerak kerja berfokus.

image

Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota juga malam semalam sanggup membeli jika si Tian Chua menjual….kita tidak gentar dan kalau orang bersikap kurang ajar maka kita akan kurang ajar….cubalah kalau barani….U ulang I Saman….hahahaha…..

GELOMBANG BIRU MELANDA INDERA MAHKOTA….
BN PILIHAN ORANG MUDA!

Penasihat Sultan Sulu (1)

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. 

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk “Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia”.

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang “imposter” Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.                   Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013

NGO Pahang Kecam Tian Chua!!

Tian Chua mengeluarkan kenyataan bahawasanya insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO. Kenyataan ini amat mengecewakan di saat ahli keluarga 7 org anggota keselamatan yg terkorban masih lagi meratapi pemergian org yg tersayang.

Semua perkara nak dipolitikkan, dah kehilangan nyawa pun masih nak berpolitik lagi. Tian Chua tidak layak digelar sebagai seorang wakil rakyat!! PRU13 wajib tolak PR atas keceluparan dan kebiadapan Tian Chua.

Orang macam Tian Chua ni elok dipijak dan diludah saja!!!

Video 1

Video 2

Video 3

Video 4

Video 5

Sumber @Muhammadfaizhashim

http://www.papagomo.com/2013/03/kerajaan-filipina-sahkan-anwar-ibrahim.html

@semuthitam80:

SEMUT HITAM: LAHAD DATU: OSTAZAH PENING DAH START MEROYAN!!! fb.me/1nGX9fxfp


shared via UberSocial http://ubersocial.com

http://semuthitam80.blogspot.com/2013/03/3-terkorban-anuwar-makin-panas-punggung.html

http://semuthitam80.blogspot.com/2013/03/3-terkorban-anuwar-makin-panas-punggung.html