CK sekali lagi terpanggil kerana 2 blog ini dengan sewenang wenangnya memberitahu cerita yang tidak benar.Sedih rasanya…mula2nya CK akan terkejut kerana percaya dengan ceritanya tetapi setelah mendapat penjelasan dari seseorang yang mengenali CK melalui alam maya barulah CK faham ini permainan politik murahan.
image

Beliau yang memang rapat dengan kesemua #Geng 11 ini hanya mahu dikenali dengan nama “Pahlawan Pahang” amat mengetahui cerita sebenar di sebalik tohmahan dan fitnah tersebut.Berikut adalah luahan beliau yang sempat CK rakamkan:

Siapa DALANG yg mengheret Pihak Istana dalam kancah politik Pahang???

PP sebolehnya tak nak campur sangat mengenai kemelut yg melanda #Geng11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang. Bagi PP tak tepat dgn panggilan #Geng11. Bagi PP, mereka adalah pahlawan sebenarnya. Pahlawan Pahang yg bukan kaki Isap utk mencari kepentingan peribadi lebih2 lagi utk membodek KJ selaku Menteri. Sebetulnya #Geng11 ini layak digelar Pahlawan Pahang #Pahlawan11 yg berani kerana kebenaran dan ketelusan. Kalau nak diikutkan, kalau nak senang dan kaya raya, nak maju karier politik, ikut sahaja kehendak dan kemahuan bos mereka KJ, tapi atas dasar kebenaran dan prinsip mereka sanggup melawan arus. Ini lah semangat Tok Bahaman yg wujud dalam diri anak muda Pahang yg patut diberi pujian.

PP tak nak campur sgt dalam hal ini. Tambahan pula bila #Pahlawan11 hanya berdiam diri apabila diserang bertubi tubi oleh tentera siber KJ yg angkuh, maka PP rasa terpanggil utk mendedahkan perkara yg sebenar, siapakah DALANG yg sebenarnya yg mengheret institusi DiRaja, bukan sahaja mengheret malah memfitnah pihak Istana. DALANG ini juga lah yg merupakan individu yg berkepentingan dan bertanggungjawab dalam skandal perlantikkan dan mencatur KP Pahang Shahruddin Ahmad.

Segalanya berpunca disini, bermula semasa pemilihan utk memilih Ketua Pemuda Rompin. DALANG ini kalah bertanding, dan apabila DALANG ini kalah bertanding maka DALANG ini memburukkan kerabat Istana kononnya pihak Istana campurtangan seolah olah dirinya telah dianiaya.

Maka DALANG ini mengheret #Pahlawan11 ini utk meraih simpati dengan menandatangi memorandum utk menyokong DALANG ini kononnya dirinya telah aniayai. Salinan Memorandum Bantahan Persidangan Rompin yg ditandatangi #Pahlawan11 ini masih ada di dalam simpanan #Pahlawan11 tersebut cuma mereka tidak mahu dedahkan kerana masih lagi mahu menjaga aib DALANG ini. Sekiranya keadaan terpaksa, barulah mereka dedahkan.

Pihak Istana mendapat tahu perkara ini, maka pihak Istana telah memanggil #Pahlawan11 ini utk memaklumkan hal yg sebenar sehinggakan Kerabat DiRaja sanggup menjunjung Al-Quran dan bersumpah memang tak campur langsung urusan politik di Rompin.

Bila tembelang dan pembohongan DALANG ini telah terpecah, tambahan pula KJ telah melantik DALANG ini memegang jawatan penting dalam Pengurusan Pemuda UMNO Malaysia, maka #Pahlawan11 ini perlulah dihapuskan karrier politik mereka dalam apa jua keadaan sekalipun bagi menutup segala pembohongan, fitnah yg DALANG ini lakukan.

Cukup setakat ini, kalau keadaan berlarutan, PP tak teragak-agak utk dedahkan Skandal yg lebih teruk DALANG ini lakukan dimuka bumi Pahang. Dokumen, Fail dan Fakta yg Lengkap semuanya sudah ada, cuma PP masih ada kewarasan dan pertimbangkan utk tidak mengaibkan DALANG ini.

Tahniah kepada #Pahlawan11, teruskan berjuang atas dasar kebenaran dan PP yakin ramai pejuang2 senyap kini telah membuka mata dan berdiri teguh dibelakang anda semua. Tahniah!!

Itulah antara petikan rakaman yang dibuat oleh CK.Terkejut CK dengan pengakuan ini tetapi disini CK masih tertanya-tanya siapa dalang yang dimaksudkan oleh PP itu.Jadi sahlah disini cerita mengatakan KP Bera menjadi dalang adalah satu rekaan semata-mata.CK merayu kepada semua…sudah-sudahlah melempar fitnah.Buatlah kerja untuk kebaikan Parti kerana perbalahan tidak akan menyelesaikan masalah.Apapun CK ucapkan terima kasih kepada PP yang sanggup berkongsi cerita dengan CK.

Sekian……

Rentetan Isu # Geng 11

Posted: 25 Januari 2014 in Uncategorized

Salam semua, CK berharap semua berada dalam lindungan sihat hendaknya.Sekali lagi CK terpanggil untuk menyatakan rasa hati yang amat pilu di kalangan pemuda UMNO di Kuantan dan Indera Mahkota.

Maaflah,bukan CK nak menyibuk tapi memandangkan CK juga sayangkan UMNO jadi CK terpaksa luahkan rasa kekesalan kepada geng2 yang kalah dalam pemilihan UMNO yang lepas.CK lihat diorang ni siap pakai fake akaun untuk hentam KP Indera Mahkota dan KP Kuantan.Siap ada panggil babi dan sumpah seranah.Apa cerita ini semua?tak dapat terima kenyataan ke kalah pemilihan?Sudah2lah memburukan orang dengan melibatkan orang lain.Yang ruginya parti…

CK kenal keperibadian sdr Faiz dan Sdr Nara.Apa yang diaorang lakukan demi survival anak muda bukan untuk kepentingan sendiri.CK harap yg kalah tu renungkanlah diri sendiri dulu sebelum mengata pada orang.Ni siap sebar berita KP dah kena gantung oleh lembaga disiplin parti…siapa diorang ni nak mengelirukan ahli2 pemuda?dah tak ada kekuatan mulalah cari pasal buat provokasi sana sini.

CK amat berharap agar sudah2lah bergaduh sesama sendiri.Selesaikan dengan cara baik.Buat kerja masing2 untuk sama2 membantu pemuda.Masa inilah kita nak tunjuk kelebihan kita ada mata pemuda dan rakyat amnya.Jangan sampai dilihat menyampah di mata mereka.Sayanglah jika pemimpin sebaik begitu di benci masyarakat oleh kerana sifat dendam yang tak sudah.

Fikir2kanlah wahai semua!Ikhlas dari Cheratingkini

image

KUANTAN 23 Jan bertempat di Celup Corner Indera Mahkota berlangsung satu program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota rentetan dari Isu #Geng 11.CK sempat hadir bersama melihat perjalanan program dan CK sungguh terharu dengan anak muda Indera Mahkota yang hadir bagi menyokong tindakan sdr Muhammad Faiz Hashim selaku boss dalam kemelut #Geng 11.
image

CK melihat sokongan anak muda yang terdiri dari Pemuda Cawangan2 di Indera Mahkota berkenaan isu #Geng 11 setelah kebenaran telah dirungkai oleh CK dimana isu ini telah di spin oleh Orang UMNO sendiri di media sosial seolah-olah ada agenda dari pihak atasan. Beliau yang ditemui bersedia dikenakan tindakan disiplin kalau tindakan beliau menyalahkan etika parti.
image

Di akhir program Pemuda Bahagian bersama Pengurus Bolasepak Pahang YH Dato’ Che Nasir telah menyampaikan jersi dan bolasepak kepada pemuda IM 6.

Disini CK ingin memberitahu kepada semua janganlah isu ini diperbesarkan oleh kita.Biarlah kepimpinan tertinggi parti menyelesaikan dengan kaedah terbaik.CK doakan agar yang keruh ini dapat dijernihkan semula demi manfestasi politik matang pemuda pada masa akan datang.

#Cheratingkini

image

Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.

CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.

Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.

Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.

Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.

Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.

Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.

Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.

14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.

Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan. 

Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.

Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.

Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.

Sekian. Terima Kasih…

Teks Memorandum bantahan!

Posted: 22 Januari 2014 in Uncategorized

image

Teks ini CK dapat dan CK keluarkan untuk tatapan umum dimana memo ini telah dihantar kpd YB KJ 2 minggu sebelum sidang media tergempar diadakan…terpulanglah kepada semua untuk menilainya….

Salam YB, Semoga YB dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat & dalam perlindungan Allah SWT.

Dengan hormat dan takzimnya, saya panjangkan perkara ini sebagaimana yang dipersetujui dan disalinkan kepada saya untuk perhatian dan pertimbangan YB selanjutnya.
                                               MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG

Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.

Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:

1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.

Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.

Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.

Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang.

Sekian, Terima Kasih.

image

image

Selasa 21 Januari 2013 bertempat di perkarangan hotel Istana 11 orang KP Bahagian di Pahang mengadakan sidang media tergempar menyatakan kekesalan terhadap YB Khairy Jamaluddin diatas sikap berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.
Sidang media ini dibuat apabila 2 minggu tiada respon dan maklum balas drp pihak YB Khairy Jamaludin berhubung memorandum yg dihantar.
YB KJ juga sering mengatakan org muda tidak suka kepada protokol dan birokrasi dan berharap YB KJ tidak retorik dengan apa yg diperkatakan.
Wakil kepada 11 KP Bahagian ini turut menyatakan sidang media ini bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa tapi untuk manifestasi politik matang yang tiada lagi jurang antara pemimpin dan akar umbi dan turut menyatakan sokongan keatas YAB Presiden dan Timbalan Presiden serta YAB Menteri Besar Pahang.
Akhirnya mereka turut mendesak YB KJ segera mencari jalan penyelesaian terbaik demi survival Parti terutama Pemuda dalam menongkah arus politik pada masa kini.

image

Selasa 21 Januari 2013 bertempat di Istana Hotel Kuala Lumpur, Pemuda UMNO Pahang akan mengadakan satu sidang media tergempar mengenai halatuju Pergerakan pada jam 4.00 ptg.
Sidang media ini dibuat berikutan desas desus mengatakan keretakan berlaku di peringkat Pemuda Negeri.Jadi apa-apa pun kita nantikan apa pendirian Pemuda Pahang dalam menyelesaikan isu ini bagi memperkasakan Pemuda.CK akan cuba mendapatkan teks tersebut untuk tatapan semua.Tunggu!

CHERATINGKINI