Arkib untuk November, 2013

Berita baik buat anak muda!

Posted: 21 November 2013 in Uncategorized

image

Info Biro Ekonomi PPUIM

Dana usahawan muda (YEF) adalah utk belia2 yg berumur 18 tahun hingga 30 tahun ddi bawah SME Bank. 

Keterangan dan syarat-syarat:-

1) mesti ada ssm dan sdg berniaga walaupun baru berniaga… 
2)Tanpa penjamin, 
3)Tanpa cagaran, 
4) tempoh bertenang 12 bulan, 5% kadar baki semasa.
5) Loan min rm 20k hingga rm 100k.
6)Jenis perniagaan semua boleh, kecuali pertanian. 
7) Peserta yg berminat wajib kursus selama 3 hari berturut2.
8) Dana hanya rm 50 juta.
9) konsep siapa cepat dia dapat.
10) Hingga hari ini lbh kurang baki rm 22 juta sahaja lagi. 

Berminat Send nama penuh, no ic, umur, tel dan alamat kepada Sdr Shahfiq Amri Zailan (Ayie Zailan) 0129883144 , Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan dan Ekonomi Pemuda UMNO Indera Mahkota segera. Terhad 50 nama kepada yg cepat sahaja. Tkasih.

http://makinkupasmakinnipis.blogspot.com/2013/11/anwar-terpaksa-menipu-lagi.html?m=1

Kenyataan YB Menteri Pengangkutan DS Hishamuddin Tun Hussein menjawab kenyataan Tim.Menterinya.
Diharap semua dapat bertenang dalam isu ini.

Borang BR1M 3.0 dibuka Disember

Posted: 14 November 2013 in Uncategorized

Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014 Dibuka Disember 2013 Ini. Berminat Daftar?

Berdasarkan pengumuman Bajet 2014 di sini, nilai pemberian BR1M 3.0 Bajet 2014 telah pun dinaikkan dan diperluaskan kelompok penerimanya. Ini semua dilakukan dengan bagi mengekang sedikit sebanyak kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST) & kenaikan harga minyak sebelum ini…..

Permohonan BR1M 3.0 Terbuka Kepada 3 Kelompok :

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :

Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :

Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50

Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :

Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50

Yang menariknya kali ini, kesemua penerima BR1M 3.0 akan terima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda, anda semua di sini dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal

Syarat Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014?

Warganegara Malaysia
Berumur 21 Tahun Ke Atas
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,000 & ke bawah
Indovidu Bujang & Bekerja di mana berpendapatan bulanan RM2,000 & ke bawah

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online & Offline?

Untuk makluman anda, borang permohonan BR1M 3.0 2014 online & offline boleh didapati secara mudah melalui :

kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : http://www.hasil.gov.my @ ebr1m.hasil.gov.my

pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Untuk sebarang pertanya lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my or call the hotline 1-800-222-50

Dan berdasarkan semakan maklumat terbaru yang diterima daripada pihak LHDN yang mana mereka sendiri telah pun dalam keadaan bersiap sedia untuk mula buka pendaftaran borang permohonan BR1M 3.0 online @offline 2014 bermula Disember 2013 ini.

image

KUANTAN, 12 Nov [4.52 pm] – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob kini kembali pulih selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 4 November lalu.. “Saya telah dimasukkan ke ICU Prince Court Medical Centre, KL (milik penuh PETRONAS) pada petang 4 November yang lalu kerana disyaki diserang jangkitan kuman samada Leptospirosis atau Melioidosis.  Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu. Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke Wad Biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.  Pihak Hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di Hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan.  KDYMM Tuanku Sultan dan YAB PM sedia maklum tentang hal ini. Terima Kasih”,  kata kenyataan medianya hari ini. “Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan,” katanya. Apapun, kehilangan Adnan amat dirasai oleh rakyat sebenarnya. Ramai yang masih tertanya-tanya tentang kesihatan beliau sebenarnya. Apapun, CK mendoakan semoga beliau akan kembali sembuh seperti biasa untuk kembali berkhidmat untuk rakyat Pahang.