Arkib untuk Januari, 2013

OPS TEMPUR!

Posted: 24 Januari 2013 in Uncategorized

kj

Temerloh, 24 Januari 2013…telah berlangsung satu Program turun padang oleh YB Sdr Khairy Jamaluddin,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Temerloh.Dalam perjumpaannya dengan jentera seluruh bahagian Negeri Pahang di dewan UMNO Temerloh,YB KJ telah menaikkan semangat anak-anak muda dalam mempersiap-siaga menghadapi PRU 13.Sokongan anak muda katanya kini telah memihak kepada BN yang mana golongan ini telah bosan dengan omong-omong kosong pihak pembangkang.

Realiti yang harus diterima oleh semua adalah Kerajaan BN dibawah pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib b Tun Abdul Razak jelasnya tidak dapat di tandingi oleh Pakatan Rakyat yang hanya pandai berjanji tapi habuk pun tak ada.Lihat saja manifesto PR di Selangor yang mahu memberi elaun kepada ibu tunggal tidak dapat dibuat walaupun sudah hampir 5 tahun memerintah.

Di akhir ucapan beliau, beliau mahukan setiap penjuru jentera pemuda mestilah bersiap sedia bagi mengharungi detik-detik sukar mempertahankan kedaulatan Negara demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.

BN Pilihan Orang Muda!bn pilihan orang mudaGelombang!Biru!

tahlil

Cherating, 23 Januari 2013…Jawatankuasa Masjid Cherating bersama Komuniti 1 Malaysia Cherating telah mengadakan satu Majlis Tahlil Perdana sempena menyambut Maulidur Rasul.Tahlil ini dibuat khas untuk kaum keluarga yang telah pergi dan para pejuang-pejuang Negara yang banyak berjasa.

Dihadiri kira-kira 400 ahli Jamaah dan turut bersama adalah YH Dato’ Mhd. Hazmi b Yusof (Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota), YH Dato’ Hj. Abdul Rahim b Abas (SUP UMNO Negeri Pahang),Sdr Muhammad Faiz b Hashim (Ketua Penerangan Pemuda UMNO Indera Mahkota).

Salam Maulidur Rasul!

IMG-20130123-00127

 

Rabu,23 Januari 2013 bertempat di SK Cherating berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan awal Persekolahan yang disempurnakan oleh YH Dato’ Suhaimi b Sulong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota.Majlis turut dihadiri YDP PIBG SK Cherating En. Wan Mohamad b Wan Yusof.

IMG-20130123-00120

 

Dalam ucapan beliau pada Majlis tersebut,beliau menyeru kepada Ibu Bapa agar dapat menggunakan bantuan awal persekolahan yang di beri oleh kerajaan ini untuk persekolahan anak-anak seperti membayar wang dana UPSR bagi tahun 6 dan Sumbangan untuk PIBG yang banyak membantu pihak Sekolah dalam merencanakan aktiviti pembelajaran dan ko-kurikulum.

IMG-20130123-00123

 

YH Dato’ turut menyampaikan sumbangan tersebut yang melibatkan 692 orang murid kesemuanya berjumlah RM 69,200.00.Rata-rata ibu-bapa merasa bersyukur dengan bantuan ini dimana dapatlah sedikit sebanyak membantu terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak yang bersekolah.

IMG-20130123-00126

 

Antara murid-murid yang gembira dengan bantuan awal persekolah yang diterima.Sesungguhnya niat murni Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang kita kasihi, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib b Tun Hj Abdul Razak yang menjaga kebajikan Rakyat tak kira agama,bangsa dan fahaman politik.

BN Pilihan Orang Muda!                          Sebuah “Janji ditepati”

Santai Jawatankuasa PPUIM selepas Mesyuarat Penuh bersama YH Dato’ Suhaimi Sulong,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di Restoran Taj Indera Mahkota.

149337_542413935782752_1818326306_n

 

Bukti Bible Bahasa Melayu diedar di Pulau Pinang. Pendedahan dibuat oleh lelaki ini sambil menunjukkan gambar dua orang lelaki yang dipercayai mengedarkan Bible tersebut di Pulau Pinang. Apa tindakan yang perlu diambil oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang dalam isu ini?

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Muhammad Faiz Hashim berkata,  pihaknya mengutuk tindakan tersebut dan mahu mereka yang melakukan perbuatan tersebut segera disiasat oleh pihak berkuasa.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dekat dengan orang muda, kita berasa tindakan tidak bertanggungjawab ini wajar dikecam dan jika tidak dibendung akan mencetuskan ketegangan agama serta kaum.

“Seterusnya akan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara dan menganggu ketenteraman awam serta menghancurkan perpaduan yang telah lama dibina,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) baru-baru ini membuat laporan polis berhubung satu gerakan yang dikesan mengedarkan Bible versi bahasa Melayu kepada pelajar sekolah termasuk pelajar beragama Islam di negeri itu. – –

Fikirkanlah semua….bagaimana kalau bible ini jatuh ketangan anak anda tanpa pengetahuan anda!Nauzubillah….Allahuakbar!

IMG00274-20111016-1154IMG00188-20110929-1320

 

Kalau anda ke Cherating, inilah jalan utama ke Kg. Budaya Cherating dimana terletaknya pusat peranginan bertaraf dunia.Disini di sediakan bilik-bilik dari hotel bertaraf 5 bintang sehinggalah sekecil-kecil chalet.

Antara tarikan pelancong kesini adalah pantainya yang masih terpelihara dan tidak tercemar.Kedudukan geografinya yang di lindungi bukit Cherating memang sesuai dengan aktiviti luncur air dimana Cherating adalah salah satu tempat yang di sukai oleh peluncur-peluncur dunia selain di Phuket dan Bali.

Cherating juga amat sesuai untuk santai keluarga dimana amat mudah tak sampai 3 jam dari Kuala Lumpur dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur.Terletak lebih kurang 45 KM dari Kuantan dan 17 KM dari Kemaman.Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota maka inilah tempatnya dimana deretan chalet dan hotel menyediakan berbagai prasarana untuk keluarga mahupun yang masih bujang.

Cherating juga menjadi destinasi mat-mat motor dari seluruh semenanjung dimana kita dapat lihat pada setiap cuti perayaan mahupun cuti peristiwa,Cherating akan dipenuhi mat-mat motor yang hadir dengan group masing-masing.

Datanglah bercuti ke Cherating!

PAS boleh ke buat begini?

Posted: 20 Januari 2013 in Uncategorized

537420_589168051110300_1819062439_n 397379_540931922597874_111252940_n

 

Agak-agak apa yang pok nik kita fikir bila YAB PM kita dalam siri jelajah janji ditepati di Kelantan telah berjanji akan melaksanakan 7 perkara bagi pembangunan di Kelantan?Lebih dari 50,000 penduduk Kelantan telah keluar dan memenuhi RTC Kota Bharu bagi bertemu dengan pemimpin no 1 dan mendengar amanat beliau.

Dalam ucapannya YAB Dato’ Sri Mohd. Najib b Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 7 perkara bagi pembangunan di seluruh Kelantan iaitu:

1. Membina Lebuhraya KB-Kuala Krai kerana  yakin lebuh raya rakyat oleh PAS akan jadi ‘Lebuh Tipu Rakyat’.

2. Bersetuju membina Stadium baru menggantikan Stadium lama memandangkan stadium di Bukit Merbau adalah pelawok saja.

3. Membina Masjid Ikon terbesar akan dibina kerana Kerajaan BN tak mahu rakyat Kelantan terus berdosa kerana PAS membiarkan berhala mendahului masjid yang menelan belanja sebanyak RM50j.

4. Membina rumah rakyat sebanyak 3000 unit bersekali dengan rumah rakyat 1 Malaysia.

5. Membina Kampus UiTM Bandar seluas 14 ekar yang bakal menempatkan 5000 pelajar.

6. Akan memperkenalkan Bas Rapid Kota Bharu bagi menyelsaikan masalah pengangkutan awam.

7. Akan mengatasi masalah air yang meruncing di Kelantan.

Inilah Transormasi yang bakal di terima rakyat Kelantan sekiranya memberi mandat penuh kepada Kerajaan BN pada PRU 13 yang akan hampir tiba.Jesteru itu apa lagi yang hendak di fikirkan oleh Rakyat Kelantan adakah masih dengan taksub kepada pemimpin PAS yang langsung tidak mempedulikan kebajikan Rakyat!Makin meroyanlah kerajaan PAS Kelantan!

BN Pilihan Orang Muda!                    Sebuah “Janji Ditepati”