Siapa DALANG yg mengheret dan memfitnah Istana Pahang??? Rentetan isu #Geng11 Pemuda Pahang

Posted: 25 Januari 2014 in Uncategorized

CK sekali lagi terpanggil kerana 2 blog ini dengan sewenang wenangnya memberitahu cerita yang tidak benar.Sedih rasanya…mula2nya CK akan terkejut kerana percaya dengan ceritanya tetapi setelah mendapat penjelasan dari seseorang yang mengenali CK melalui alam maya barulah CK faham ini permainan politik murahan.
image

Beliau yang memang rapat dengan kesemua #Geng 11 ini hanya mahu dikenali dengan nama “Pahlawan Pahang” amat mengetahui cerita sebenar di sebalik tohmahan dan fitnah tersebut.Berikut adalah luahan beliau yang sempat CK rakamkan:

Siapa DALANG yg mengheret Pihak Istana dalam kancah politik Pahang???

PP sebolehnya tak nak campur sangat mengenai kemelut yg melanda #Geng11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang. Bagi PP tak tepat dgn panggilan #Geng11. Bagi PP, mereka adalah pahlawan sebenarnya. Pahlawan Pahang yg bukan kaki Isap utk mencari kepentingan peribadi lebih2 lagi utk membodek KJ selaku Menteri. Sebetulnya #Geng11 ini layak digelar Pahlawan Pahang #Pahlawan11 yg berani kerana kebenaran dan ketelusan. Kalau nak diikutkan, kalau nak senang dan kaya raya, nak maju karier politik, ikut sahaja kehendak dan kemahuan bos mereka KJ, tapi atas dasar kebenaran dan prinsip mereka sanggup melawan arus. Ini lah semangat Tok Bahaman yg wujud dalam diri anak muda Pahang yg patut diberi pujian.

PP tak nak campur sgt dalam hal ini. Tambahan pula bila #Pahlawan11 hanya berdiam diri apabila diserang bertubi tubi oleh tentera siber KJ yg angkuh, maka PP rasa terpanggil utk mendedahkan perkara yg sebenar, siapakah DALANG yg sebenarnya yg mengheret institusi DiRaja, bukan sahaja mengheret malah memfitnah pihak Istana. DALANG ini juga lah yg merupakan individu yg berkepentingan dan bertanggungjawab dalam skandal perlantikkan dan mencatur KP Pahang Shahruddin Ahmad.

Segalanya berpunca disini, bermula semasa pemilihan utk memilih Ketua Pemuda Rompin. DALANG ini kalah bertanding, dan apabila DALANG ini kalah bertanding maka DALANG ini memburukkan kerabat Istana kononnya pihak Istana campurtangan seolah olah dirinya telah dianiaya.

Maka DALANG ini mengheret #Pahlawan11 ini utk meraih simpati dengan menandatangi memorandum utk menyokong DALANG ini kononnya dirinya telah aniayai. Salinan Memorandum Bantahan Persidangan Rompin yg ditandatangi #Pahlawan11 ini masih ada di dalam simpanan #Pahlawan11 tersebut cuma mereka tidak mahu dedahkan kerana masih lagi mahu menjaga aib DALANG ini. Sekiranya keadaan terpaksa, barulah mereka dedahkan.

Pihak Istana mendapat tahu perkara ini, maka pihak Istana telah memanggil #Pahlawan11 ini utk memaklumkan hal yg sebenar sehinggakan Kerabat DiRaja sanggup menjunjung Al-Quran dan bersumpah memang tak campur langsung urusan politik di Rompin.

Bila tembelang dan pembohongan DALANG ini telah terpecah, tambahan pula KJ telah melantik DALANG ini memegang jawatan penting dalam Pengurusan Pemuda UMNO Malaysia, maka #Pahlawan11 ini perlulah dihapuskan karrier politik mereka dalam apa jua keadaan sekalipun bagi menutup segala pembohongan, fitnah yg DALANG ini lakukan.

Cukup setakat ini, kalau keadaan berlarutan, PP tak teragak-agak utk dedahkan Skandal yg lebih teruk DALANG ini lakukan dimuka bumi Pahang. Dokumen, Fail dan Fakta yg Lengkap semuanya sudah ada, cuma PP masih ada kewarasan dan pertimbangkan utk tidak mengaibkan DALANG ini.

Tahniah kepada #Pahlawan11, teruskan berjuang atas dasar kebenaran dan PP yakin ramai pejuang2 senyap kini telah membuka mata dan berdiri teguh dibelakang anda semua. Tahniah!!

Itulah antara petikan rakaman yang dibuat oleh CK.Terkejut CK dengan pengakuan ini tetapi disini CK masih tertanya-tanya siapa dalang yang dimaksudkan oleh PP itu.Jadi sahlah disini cerita mengatakan KP Bera menjadi dalang adalah satu rekaan semata-mata.CK merayu kepada semua…sudah-sudahlah melempar fitnah.Buatlah kerja untuk kebaikan Parti kerana perbalahan tidak akan menyelesaikan masalah.Apapun CK ucapkan terima kasih kepada PP yang sanggup berkongsi cerita dengan CK.

Sekian……

Advertisements
Komen-komen
  1. Bungkilan says:

    Semoga perkara ini akan selesai tidak lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s