Arkib untuk Julai, 2013

image

Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota hari ini berlangsung majlis berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota.

image

Majlis ini juga turut meraikan anak2 yatim dari seluruh Bahagian Indera Mahkota seramai 300 orang dimana UMNO Bahagian turut menyampaikan sumbangan duit raya bagi meringankan beban menyambut lebaran yang akan datang yang di sempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian YH Dato’ Mohd Hazmi b Yusof.

image

Majlis ini turut dihadiri pemimpin peringkat Cawangan dan Ketua2 Sayap Cawangan.

SALAHKAN MPK??

Posted: 31 Julai 2013 in Uncategorized

ISU JALAN SEHALA DI BANDAR KUANTAN! PERLUKAH MPK DIPERSALAHKAN?

image

image

Sejak kebelakangan ini, rata-rata masyarakat Kuantan berceritakan hal laluan sehala di Bandar Kuantan yg telah dilaksanakan baru-baru ini. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga ada yang memberikan pelbagai komen yang negatif atas sebab kesulitan dan jalan yang semakin sesak yang mereka alami.Perlu lah kita ketahui dengan minda yang terbuka dan berlapang dada, pihak MPK sememangnya berniat baik untuk menyelesaikan permasalahan kesesakan trafik di Bandar Kuantan dan pihak MPK tidak berniat langsung untuk menyusahkan masyarakat Kuantan, namun setiap perubahan dan perkara kebaikan yang mahu dilaksanakan mestilah ada salah silapnya dan pihak MPK cuba utk memperbaiki dan menambahbaikkan setiap perkara yg dilaksanakan. Sebab itulah, laluan sehala yang dilaksanakan ini adalah di dalam tempoh percubaan. Dalam tempoh masa 3 bulan ini pihak MPK akan mengkaji dan menilai setiap respon, pandangan dan cadangan daripada orang ramai untuk memastikan aliran trafik di Bandar Kuantan berada dalam keadaan yang terbaik.¬†Sesuatu perubahan pada perkara yg telah lama menjadi kebiasaan memanglah mengambil masa dan memerluka kerjasama sepenuhnya dari pengguna jalannraya di Kuantan ini. Pengguna juga haruslah bijak merancang perjalanan bagi mengelakkan mengguna laluan yg telah diketahui sesak pd waktu2 tertentu.Sekarang adalah masa terbaik untuk pihak MPK mencuba laluan baru iaitu waktu kenderaan betul-betul banyak terutama menjelang musim perayaan ini bagi mendapatkan bancian dan gambaran sebenar kesesakan yang berlaku. Dan setiap kesesakan yang berlaku ini adalah menjadi kayu pengukur kajian dan penilaian pihak MPK dalam tempoh percubaan ini untuk ditambahbaikan dan mencari formula yg terbaik utk menyelesaikannya.Pihak MPK telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesesakan di Bandar Kuantan dengan pertambahan bilangan kenderaan yg amat banyak sejak akhir-akhir ini.¬†Penduduk dan pengguna jalanraya haruslah bersabar dan memberi peluang pada pihak MPK memikir dn melaksaan kaedah terbaik utk mengurangkn kesesakn yg semakin teruk. Pihak MPK memang terpaksa mengubah laluan2 yg memang kerap mengalami kesesakan terutama diwaktu puncak.Jalan-jalan di Bandar Kuantan memang terpaksa diubah haluan kerana itulah satu-satunya alternatif yg ada buat masa ini. Untuk melebarkn jalan adalah suatu yg mustahil apatah lagi dengan membina ‘flyover’ yang ternyata memerlukan peruntukkan yang tinggi dan tempoh pembinaan yg begitu lama. Jadi, laluan sehala inilah sebagai alternatif buat sementara ini. Jika tidak dilakukan sekarang, persoalannya bila lagi? Adakah mahu melaksanakannya ketika keadaan trafik benar-benar teruk dan lebih menyulitkan?Apa yang pihak MPK lakukan sekarang adalah dalam peringkat percubaan. Dari situlah baru dapat dilihat dan dikaji laluan2 yg sesuai utk mengurangkan kesesakan.Sebagai masyarakat Kuantan yang prihatin dan rasional, janganlah kita asyik menuding jari mencari kesalahan, sebaliknya marilah kita sama-sama memberi cadangan dan pandangan yang bernas kepada pihak MPK untuk melaksanakan yang terbaik demi kesejahteraan kita bersama. Sebagai contoh cadangan demi penambahbaikan, Untuk melaksanakan sistem jalan sehala ini, sistem lampu isyarat (trafik light) mestilah diminimakan dan jika mahu menggunakan sistem lampu isyarat juga, disetiap jalan yang lurus contoh dari Jalan Wong Ah Jang sehingga Jalan Tun Ismail, jika satu lampu isyarat Hijau, maka sepanjang jalan tersebut kesemua lampu isyarat mestilah hijau bagi memastikan kelancaran trafik. Kaedah roundabout juga boleh difikirkan terutama dipersimpangan Jambatan Tg Lumpur-Telok Sisek bagi meminimakan penggunaan lampu isyarat.Apa-apa pun sebagai rakyat di Negeri Pahang yang tinggal di Kuantan, saya doakan yang terbaik dan sentiasa menyokong perubahan ke arah kebaikan demi kesejahteraan seluruh masyarakat Kuantan dan rakyat Pahang.

Coretan ihsan dari:
Muhammad Faiz HashimKetua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)