Ahad 29 Disember 2013 bertempat di Taman Esplanade Kuantan telah diadakan satu himpunan aman NGO Pahang membantah rancangan untuk menggulinkan kerajaan yang dirancang oleh pembangkang.
Himpunan yang disertai NGO seperti Perkasa, Pekida, Bakkiss, Persatuan Nelayan dan Persatuan Belia itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang ingin mengadakan himpunan bagi menukar kerajaan yang sesungguhnya bukan budaya nenek moyang kita.
Sdr Muhammad Faiz Hashim selaku Ketua Penerangan Perkasa Pahang telah mengetuai himpunan ini yang dihadiri 100 orang pemimpin dan ahli NGO.
Himpunan ini berakhir dengan semua pemimpin NGO telah bersama2 ke UTC bagi membuat report polis.
Cheratingkini berharap kepada semua penduduk Malaysia janganlah terlibat dengan himpunan haram yang dirancang.Sesungguhnya keamanan yang dikecapi semenjak nenek moyang kita harus dikekalkan.