22 Disember 2013 bertempat di TBK Balok Permai berlangsung satu majlis penyampaian sumbangan keperluan persekolahan kepada anak2 mangsa banjir oleh RHB Bank dan diselaraskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota yang diketuai Ketua Pemudanya sdr Muhammad Faiz Hashim.
Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang telah mengalami kerugian akibat bencana banjir besar baru2 ini di sekitar Kuantan.
Di kesempatan ini juga sdr Faiz sendiri telah menolong anak2 yg terlibat mencuba kasut dan pakaian sekolah.
Sekalung ucapan tahniah kepada PPUIM yang telah berusaha untuk mencari penyumbang bagi meringankan beban mangsa banjir.Sesungguhnya usaha murni ini hanya Allah s.w.t sahajalah yang dapat membalasnya.
Create by:Cheratingkini